Assalamualaikum dan salam sejahtera ⛅⛅⛅
Bertemu lagi kita dalam coretan minggu ketiga saya sebagai cikgu praktikal di MRSM Bagan Datuk.
Setelah tiga minggu proses pdpr berlangsung, pihak pengurusan maktab telah memutuskan untuk menjalan Ujian Penanda Aras bagi menyemak hasil pdpr yang telah dijalankan. Ujian ini diadakan bagi memastikan prestasi pelajar MRSM Bagand Datuk yang baru mula beroperasi, tidak ketinggalan jauh daripada rakan-rakan MRSM yang lain. Justeru itu, semua subjek dikehendaki untuk menyiapkan soalan subjek masing-masing berdasarkan silibus yang sudah diajarkan.
Keputusan Ujian Penanda Aras ini, akan menjadi kayu pengukur kepada strategi pihak pengurusan maktab dan juga teknik pengajaran guru pada minggu-minggu mendatang.
Disebabkan MARA telah menyediakan kemudahan akaun Microsoft kepada semua pekerjanya, maka pihak pengurusan maktab mencadangkan semua guru menggunakan aplikasi Microsoft Form sebagai medium menjalankan Ujian Penanda Aras yang dirancang.
Saya pun telah bertungkus lumus menyiapkan satu set soalan Bahasa Arab Tingkatan 1.
Selain itu, kelas Bahasa Arab berlangsung seperti biasa pada minggu ini. Saya telah menyediakan slaid sebagai bahan bantu mengajar.
Comments
Post a Comment