MINGGU 7 (2 - 6 OGOS) - PECUTAN SEBELUM UJIAN SETARA 1 & KURSUS

 Assalamualaikum dan hai semuanya

Pada minggu ini, pengajaran subjek Bahasa Arab saya diteruskan dengan bab baru iaitu Bab 2 sebelum ulangkaji ringkas dilaksanakan bagi menghadapi Ujian Setara 1 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.


Pada minggu ini, pengajaran Bab 2 dimulakan dengan menjelaskan maksud perkataan-perkataan yang akan digunakan dalam Bab 2 ini.

Pelajar diminta untuk menghafal maksud-maksud perkataan yang telah diajarkan bagi memudahkan penggunaannya kemudian hari.

Seterusnya pelajaran diteruskan dengan mengulangkaji secara ringkas keseluruhan topik-topik yang berada dalam Bab 1. Guru juga memberi gambaran bentuk-bentuk soalan yang mungkin keluar dalam ujian kepada pelajar.

Kursus Guru & Taklimat Koperasi

Pada minggu ini juga dijalankan kursus dalaman maktab buat guru guru MRSM Bagan Datuk iaitu  :

Kursus Mabda Series of PLC -       365 : Teams, One Notes & Forms


Kursus ini banyak membantu guru-guru untuk menggunakan applikasi Microsoft Teams, One Notes dan Microsoft Forms dalam penyediaan soalan-soalan ujian, penyediaan tugasan kepada pelajar dan sebagainya.

Selain tugas hakiki sebagai seorang guru, saya juga telah diamanahkan sebagai Guru Koperasi maktab. Justeru itu, saya diminta menyertai Kurus Online Koperasi pada minggu ini bertajuk : 

TAKLIMAT PERTANDINGAN KOIR DAN PERTANDINGAN “MYCOOP VIDEO PITCH COMPETITION 2021” PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA JUBLI EMAS ANGKASA 2021

Berikut beberapa tangkap layar taklimat yang diadakan ;





Sekian saja laporan saya pada minggu ini, jumpa lagi di minggu hadapan 👏




Comments