Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌅
Pada minggu ini, maktab kami sekali lagi menerima sejumlah kehadiran guru baru, termasuk lah guru-guru intake yang baru.
Oleh sebab itu, maka kelas mengajar guru-guru sedia ada pun lebih selesa dan mengikut jumlah credit hour sepatutnya.
Tugas Hakiki
Setelah selesai Ujian Penanda Aras pada 12-16 Julai, disusuli pula dengan cuti Hari Raya Aidil Adha 19-23 Julai,
pada minggu ini saya meneruskan topik pembelajaran seterusnya مهارة بناء الجملة (مبتد / خبر/ جملة اسمية)
iaitu Kemahiran Membina Ayat yang mengandungi subjek, predikat dan ayat yang bermula dengan Kata Nama.
Dalam proses pengajaran satu-satu kaedah dalam Bahasa Arab, saya suka membuat perbandingan dengan kaedah tatabahasa bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
Topik ini akan diulang semula secara ringkas pada kelas seterusnya supaya pemahaman pelajar dalam topik ini dapat diperkukuhkan.
Sekian saja laporan saya pada minggu ini, terima kasih. Bye bye!
Comments
Post a Comment